Muka naik BREAKOUT!! (Jerawat nanah dan kemerahan teruk)

 Assalamualaikum~

Siapalah yang tidak Panik apabila kulit muka tiba2 breakout? Aduhh! Terutama sekali selepas menggunakan produk yang tidak sesuai, kulit muka yang selama ini sihat, mula bagi kesan sensitif, kemerahan, kering, gatal,terlebih minyak dan timbulnya jerawat nanah yang beranak pinak. (jenis breakout berbeza pada setiap orang)

Setiap remaja tidak kira lelaki atau perempuan mesti tahu tentang kulit breakout.Kalau tidak, semakin 'sakit'lah kulit anda kalau tidak dirawat dengan betul.

Disini, saya ingin memberi sedikit nasihat kepada orang yang menghadapi kulit breakout yang teruk,

 >Bila kulit mulai ada kesan negatif terhadap sesuatu produk, tolong berhenti guna, baca ingredient produk dan elakkan alkohol, paraben dan dan fragrance.

 >jangan letak bahan/cecair yang berlandaskan asam seperti vitamin c, atau limau,lemon,cuka dan semua jenis asam pada muka kerana benda asam itu menghakis kulit.Ia boleh memutihkan tetapi hanya akan buat kulit breakout semakin teruk.

 > jangan cuba skrub atau urut muka yang breakout. Percayalah, jerawat breakout yang pecah hanya membuat kulit anda semakin "marah". Jerawat lebih kuat dan bersatušŸ˜….Malah menjadikan kulit berparut dan berjeragat teruk.

 >Demi melihat kulit anda berpeluang untuk sembuh, jauhkanlah diri dari habit seperti kerap menyentuh muka/jerawat, banyak makan makanan yg mnyebabkan timbul jerawat seperti kekacang dan minyak (makanan bergoreng), gula dan makanan segera (maggi, coklat dll)

 >Tambahkan suplemen (apa sahaja jenis vitamin) dalam pemakanan harian. Percayalah, kalau konsisten dengan vitamin, dalam 2-3 minggu pasti muka sudah nampak perubahan dan lebih sihat. Saya suka vitamin C kerana bagus untuk menguatkan skin barrier. 

 >Mulalah jaga muka dengan menggunakan rutin penjagaan muka yang popular dari Korea. Banyak di Youtube dan internet sekarang ni. Penjagaan muka breakout lebih diutamakan! Pilihlah produk yang mengandungi kandungan yang sesuai untuk kulit sensitif atau kering seperti Aloe Vera, timun, Allantoin, Niacinamide, Hyaluronic Acid, dan banyak lagi anda boleh cari dari pelbagai sumber di internet.

 >Apabila kulit breakout, memang sudah terpaksa untuk belajar cara untuk menyembuhkannya..Jangan risau jangan Panik ya? Kulit yang breakout tidak selamanya breakout, percayalah!

  Saya juga pernah breakout teruk, dimulai dengan rasa kulit yang terlalu mengering..Kulitku semakin mengeras dan tegang sehingga nak senyum pun sakit. Kulit muka sangat pedih, bengkak dan merah. Seluruh muka selalu dibasahi minyak, seperti minyak yang masih segar, Jerawat nanah jangan cakap, memang timbul berlambak, ada kecil ada besar. sakit.

 Memang terpaksa hadap orang ramai, depan pelanggan, pelanggan asyik memandang muka saya.. keluarga dan orang terdekat selalu menegur muka saya..Saya hanya perlu terus bertabah.

 Alhamdulillah, setelah sekian lama, akhirnya kulit muka saya  mulai menampakkan perubahan. (setelah banyak yang dilalui)

muka saya belum sembuh , tapi rasa seperti usaha saya selama ini membuahkan hasil. Syukur sangat walau muka ku kini ada jeragat dan parut sana sini. Sekurang2nya tidaklah seteruk dulu.


Sekian dari ku, Kalau ada salah, mohon maaf dipinta...Assalamualaikum.

Comments