Assalamualaikum, Hello world!

 Menjelang 2021, tiba2 muncul keinginan sya utk membuat dan menulis blog yang simple2 sja untuk tujuan perkongsian cerita, pengalaman, pengetahuan, hobi, idea, dan macam2 lagi untuk rujukan sama ada utk diri sendiri ataupun untuk orang lain (don't expect a great content) di masa akan datang.Semoga segalanya hanya membawa kebaikan bersama InsyaAllah..

Spt yang kita sedia maklum,Pandemik COVID19 ni masih belum ada tanda2 utk reda..hmmm..tertanya juga bilakah semua ini akan berakhir? Tidak dinafikan ada sedikit letih dalam usaha menghadapi wabak ini..Tapi tidak apa, marilah kita bersama berjuang utk menghentikan pandemik ini! 

Cakap tentang COVID19, sya mendengar banyak kontroversi tentangnya, sya tidak mau cakap apakah kontroversi2 itu (boleh cari dimana2 dlm media sosial).Semuanya Wallahualam. Digalakkan hanya berhati-hati. Mintalah petunjuk daripada Allah untuk diilhamkan supaya dapat buat keputusan yang betul.

Sejujurnya, Sya yang orangnya jenis introvert, sedikit sebanyak tidak terganggu dgn perlaksanaan PKP. Kerana tidak perlu jumpa ramai orang, haha! (Bukanlah bermaksud saya benci jumpa orang, don't misunderstood!), sya juga sangat suka babak memakai mask ini, yalah, tidak perlu tunjukkan muka yang tidak seberapa nak cantik ni, malah rasa lebih yakin. Alhamdulillah...ini cuma pendapat sya.

Pelaksanaan PKP memang mendatangkan banyak kerugian terutama dari segi ekonomi dan proses PnP. hmm..itulah sebabnya masyarakat perlu bersatu memutuskan rantaian wabak COVID19 ini secepatnya agar kesulitan yang terjadi dapat diselesaikan.

Itu sajalah tulisan pertama sya sebagai pengenalan blog ini...kalau ada salah,maaf dipinta.Assalamualaikum.

#2021 #kitajagakita #firstblog #perkongsian



Comments